jump to navigation

Kikis Sikap Malu Berniaga, Kata Pengerusi FAMA 13 May 2010

Posted by admin in kerjaya.
comments closed

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) — Sikap malu, memandang rendah status peniaga di pasar tani serta mengharapkan kerja dalam suasana berhawa dingin adalah sebahagian daripada faktor yang menyebabkan kebanyakan siswazah menjadi penganggur.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Datuk Paduka Badruddin Amiruldin berkata sikap sedemikian harus dikikis khususnya di kalangan siswazah bagi membolehkan mereka merebut peluang yang ditawarkan FAMA menerusi Program Pembangunan Usahawan Tani. (more…)

Advertisements