jump to navigation

Malaysia kekurangan pakar onkologi – Tiong Lai 12 May 2010

Posted by admin in kerjaya.
trackback

KANGAR 11 Mei – Negara masih kekurangan pakar onkologi berbanding peningkatan jumlah kes kanser termasuk sebanyak 32,000 kes pada tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ketika ini negara hanya mempunyai 55 pakar onkologi iaitu kekurangan 230 orang berdasarkan jumlah penduduk yang ada sekarang.

“Daripada jumlah tersebut, 16 pakar onkologi berkhidmat di hospital kerajaan, 11 lagi di universiti dan 28 lagi ialah pakar onkologi yang berkhidmat di hospital swasta,” katanya selepas merasmikan Program Perlis Sihat Sejahtera dengan tema Kenali Kanser di Dewan 2020 di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Tiong Lai berkata, nisbah pakar onkologi dengan jumlah pesakit kanser di negara ini ialah 1: 525,000 berbanding nisbah ideal iaitu 1: 125,000.

Katanya, antara usaha kerajaan untuk menambah jumlah pakar onkologi adalah dengan menawarkan biasiswa setiap tahun kepada enam doktor melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Perubatan Onkologi di Universiti Malaya (UM).

Katanya, sebahagian daripada jumlah kes baru yang dicatatkan pada tahun ini didominasi oleh kaum wanita iaitu 53.37 peratus manakala 500 kes melibatkan kanak- kanak.

Sumber: Utusan Malaysia

%d bloggers like this: