jump to navigation

Laporan ACCA Menunjukkan Permintaan Akauntan Kian Meningkat 3 May 2010

Posted by admin in kerjaya.
trackback

KUALA LUMPUR, 3 MAY 2010 – ACCA (the Association Of Chartered Certified Accountants) Terus Mencatatkan Peningkatan Bilangan Ahli Dan Pelajar ACCA, Yang Jelas Menunjukkan Permintaan Untuk Akauntan Professional Semakin Kuat Terutamanya Dalam Konteks Keadaan Ekonomi Global.

Keahlian ACCA global kini mencecah bilangan 140,000, peningkatan sebanyak 6.5% berbandingan dengan bilangan ahli seramai 131,500 pada 31 Disember 2008 . Manakala bilangan pelajar ACCA meningkat dari 366,000 kepada 404,000, yakni peningkatan sebanyak 10.4%.

Berdasarkan pengukuhan rangkaian global and juga reputasi ahli di 170 negara, ACCA kini semakin diiktiraf sebagai badan perakaunan professional global yang unggul oleh syarikat-syarikat di seluruh dunia.

Helen Brand, Ketua Eksekutif ACCA, berkata: “ACCA telah banyak memberi sumbangan penting dalam debat awam yang mempunyai kaitan untuk kebaikan sejagat seperti agenda negara-negara G20 terutamanya dalam soal piawaian perakaunan antarabangsa (international accounting standards), COP15 dan perubahan cuaca, audit, regulasi kewangan dan juga soal pinjaman untuk SME.

“Perkembangan positif ini berlaku dalam suasana ekonomi dunia yang mencabar, dan ini jelas menunjukkan bahawa karier sebagai akauntan adalah karier pilihan global. Kemahiran akauntan kini mejadi lebih penting yakni; memulihkan keyakinan dalam ekonomi global, membantu perniagaan sama ada kecil atau besar untuk mengenal pasti dan mengurus kos dan mencapai pertumbuhan yang berterusan.

“Ekoran daripada pelaburan besar dalam menambah baik perkhidmatan, rata- rata ahli dan pelajar ACCA semakin berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima. Kami juga gembira bahawa penambahbaikan telah memberi sumbangan secara langsung terhadap persepsi untuk tahap perkhidmatan yang diberikan.”

Tahun lepas, ACCA telah membuka cawangan pejabat baru di Brussels, Bangladesh, Chengdu dan Macau, dan juga bekerjasama dengan organisasi besar seperti KPMG, Global Reporting Initiative (GRI), Economic and Social Research Council (ESRC) dan IAAER (International Association for Accounting Education and Research).

Jennifer Lopez, Ketua Negara ACCA Malaysia menambah, “Permintaan untuk akauntan Malaysia yang mempunyai kelayakan ACCA sbenarnya semakin bertambah terutama sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kalau dahulu, ahli ACCA selalunya menjadi auditor, pengawal kewangan, penasihat cukai untuk syarikat swasta dan kerajaan, namun kini semakin ramai akauntan ACCA mengepalai ataupun memimpin syarikat multi-nasional dan GLC, ramai juga menjadi penasihat strategik kepada kerajaan, ahli lembaga pengarah bagi syarikat-syarikat senarai awam dan ramai juga yang telah menjadi usahawan berjaya.”

“Sememangnya perakaunan merupakan karier yang kalis kemelesatan ekonomi. Akauntan diperlukan sama ada dalam ekonomi yang baik atau mencabar. Antara penunujuk penting untuk permintaan semakin meningkat untuk akauntan di Malaysia ialah sambutan terhadap pameran kerjaya, ACCA Careers 2010 yang khusus untuk kerjaya dalam bidangan perakaunan dan kewangan. Dalam masa tiga minggu sahaja, kami sudah mendapat pengesahan daripada 22 syarikat-syarikat besar untuk menyertai pameran ini dan ramai lagi yang akan turut menyusul . Sememangnya ini jelas menunjukkan permintaan untik akauntan semakin meningkat!” jelas Lopez .

Prestasi Wilayah dalam tahun 2009

Wilayah Jumlah ahli
Mac 2010 Jumlah pelajar dan graduan Mac 2010 Jumlah keseluruhan
Mac 2010 Jumlah peningkatan dalam % berbanding 2008

Asia Pasifik 40,825 103,254 144,079 8.4%
Eropah dan Amerika 88,308 151,666 239,974 3.9%
MENASA (Middle East, North Africa and South Asia) 2,720 69,526 72,246 31.9%
Sub Saharan Africa 8,372 79,597 87,969 12.4%
Jumlah Global 140,225 404,043 544,268 9.5%

Note: ACCA telah menukar tahun kewangan dari Disember kepada Mac, jadi carta di atas mewakili prestasi 15 bulan.

Nota untuk editor:

1.ACCA ialah kelayakan professional perakaunan yang diiktiraf di 170 negara.

2.ACCA merupakan sebuah badan global untuk akauntan-akauntan profesional. Kami berhasrat untuk menawarkan kelayakan pilihan utama yang berkaitan dengan perniagaan kepada golongan yang berkelayakan, berkeupayaan dan berkeinginan untuk memiliki kerjaya yang cemerlang dalam bidang perakaunan, kewangan dan pengurusan di seluruh dunia.

3.ACCA mempunyai 140,000 ahli dan 404,000 di seluruh dunia dan ACCA memberi sokongan kepada mereka untuk membina kerjaya cemerlang dalam bidang perakaunan dan kewangan, dan memastikan mereka mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh majikan.

4.Ditubuhkan dalam tahun 1904, ACCA sentiasa berpegang kepada nilai teras yang unik; peluang, diversity, innovasi, integriti dan akauntabiliti.

SUMBER : ACCA Malaysia Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
NAMA : Ainul Ibrahim
Bilik Berita ACCA
TEL : 03-2713 5051
MOBIL : 019-2869068
EMEL : ainul.ibrahim@my.accaglobal.com

TARIKH SIARAN : 3 MAY 2010
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA

Sumber: Bernama

%d bloggers like this: