jump to navigation

Guru lepasan ijazah jadi rebutan 31 May 2010

Posted by admin in Akademik, kerjaya.
comments closed

Sebahagian daripada 263 graduan gembira pada Konvokesyen Institut Perguruan Kampus Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 30 Mei – Bidang perguruan semakin mendapat perhatian masyarakat khususnya di kalangan generasi muda apabila jumlah siswazah yang memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kian bertambah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, pihaknya menerima 40,000 permohonan KPLI setiap tahun iaitu jumlah yang sangat ramai. (more…)

Advertisements

PNB Scholarship 2010 30 May 2010

Posted by admin in Biasiswa/Pinjaman.
comments closed

Permodalan Nasional Berhad (PNB) offers scholarships to Bumiputeras who obtain exceptional results in their SPM to pursue tertiary education at selected foreign universities in disciplines related to the business activity of PNB such as Finance & Investment, Accountancy, Economics, Law, Information Communication Technology and Engineering. (more…)

Amalan Membaca Rakyat Malaysia Sederhana Dengan 8-12 Buku Setahun 29 May 2010

Posted by admin in Uncategorized.
comments closed

IPOH, 29 Mei (Bernama) — Amalan membaca di kalangan masyarakat negara ini masih berada di tahap sederhana dengan purata antara lapan hingga 12 buah buku setahun walaupun terdapat peningkatan daripada kajian sebelum ini.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Heng Seai Kei berkata pihaknya masih tidak berpuas hati dengan pencapaian itu dan usaha berganda menerusi jalinan kerjasama dengan semua pihak termasuk sekolah, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat sedang dijalankan. (more…)

Tukar kerja atau tukar sikap dalam kerjaya 28 May 2010

Posted by admin in kerjaya.
comments closed

Sedarkah kita kejayaan bidang kerjaya adalah bermula daripada sikap kita terhadap kerja yang dilakukan. Menurut kajian dari salah sebuah universiti terkemuka, 90 peratus kecemerlangan seseorang itu bermula daripada sikap, manakala 10 peratus lagi adalah daripada kemahiran dan maklumat yang diperolehinya.

Maka perubahan sikap terhadap kerjalah yang membawa kepada nilai-nilai yang baik antaranya sikap budi pekerti yang tinggi, perhubungan yang baik terutama sesama rakan sepejabat, majikan dan seterusnya dapat menghasilkan daya usaha yang memuaskan, bertanggungjawab, rajin, inovatif dan juga berdisiplin. (more…)

Universiti Malaysia Pahang Guna Model Kurikulum Jerman 27 May 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

KUANTAN, 27 Mei (Bernama) — Universiti Malaysia Pahang (UMP) muncul sebagai institusi pengajian tinggi awam pertama di Malaysia yang bakal menawarkan kursus kejuruteraan di peringkat sarjana muda dengan menggunakan model kurikulum dari Jerman.

Untuk itu, satu perjanjian persefahaman ditandatangani hari ini antara UMP dan Hochscule Karlsruhe Technic Und Wirtschaft (HsKA) Karlsruhe, University of Applied Science. (more…)

Transit pendidikan tinggi ke Eropah 27 May 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed
Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
pengarang@utusan.com.my

HASRAT menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini bukan sekadar angan-angan. Lebih-lebih lagi, apabila peranan pengajian tinggi kini diangkat ke tahap teratas.

Keputusan sebuah jaringan pendidikan swasta terbesar dunia, Laureate International Universities untuk memindahkan pejabat operasinya di Asia dari Hong Kong ke Malaysia baru-baru ini, ternyata menunjukkan Malaysia semakin diyakini untuk muncul sebagai pusat pendidikan terkemuka. (more…)

Biasiswa PIDM 2010 25 May 2010

Posted by admin in Biasiswa/Pinjaman.
comments closed

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) ialah sebuah badan berkanun yang melindungi pendeposit daripada kehilangan deposit sekiranya berlaku kegagalan bank, serta menggalak dan menyumbang ke arah kestabilan sistem kewangan di Malaysia. Visi kami adalah untuk menjadi penginsurans deposit amalan terbaik.

Program Biasiswa Sarjana Muda PIDM ini merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat dan usaha kami dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat. Oleh itu, kami mempelawa semua pelajar Malaysia yang memerlukan bantuan kewangan untuk memohon Biasiswa PIDM dalam memenuhi hasrat kami untuk melahirkan bakal pemikir strategik dan pemimpin di masa hadapan. (more…)

Industri Bioteknologi Perlukan 20,000 Pekerja Berilmu Menjelang 2014 24 May 2010

Posted by admin in kerjaya.
comments closed

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) — Industri bioteknologi memerlukan lebih 20,000 pekerja berilmu termasuk ahli sains profesional menjelang 2014, kata Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata kejayaan jangka panjang industri bioteknologi amat bergantung kepada kemahiran pekerja berilmu. (more…)