jump to navigation

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia 2010 23 April 2010

Posted by admin in Akademik.
trackback

Sukacita dimaklumkan, Sekolah Seni Malaysia iaitu Sekolah Seni Kuching Sarawak dan Sekolah Seni Johor Bahru akan membuka permohonan kemasukan murid ke tingkatan satu bagi sesi ambilan 2011 bermula 30 April 2010.

Syarat kemasukan :

1.     Murid-murid yang menduduki UPSR pada tahun 2010 sahaja yang layak memohon;
2.     Kemasukan adalah pada Januari 2011;
3.     Hanya empat (4) bidang kesenian ditawarkan iaitu :-
·         Seni Visual
·         Teater
·         Tari
·         Muzik
4.     Borang permohonan  SSeM/BPKM/10, boleh didapati dengan memuat turun dari laman web www.moe.gov.my bermula 30 April 2010.
5.     Salinan sijil seperti berikut  perlu disah dan disertakan :-
·         Salinan sijil kelahiran murid
·         Salinan kad pengenalan murid
·         Salinan kad pengenalan ibubapa/penjaga
·         Salinan sijil-sijil berkaitan
6.     Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2010
%d bloggers like this: