jump to navigation

Keputusan ke Matrikulasi 16 April 10 April 2010

Posted by admin in Akademik.
trackback

PUTRAJAYA 9 April – Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memohon Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran boleh mengetahui keputusan permohonan mulai 16 April ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, semakan boleh dibuat melalui laman web http://www.moe. gov.my dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM.

Semakan juga boleh dilakukan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip perkataan MOE>MAT>NOKP (pelajar) dan dihantar ke talian 15888.

Pada masa sama, pemohon boleh menyemak talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-88844100 untuk mengetahui keputusan rasmi permohonan bermula 16 April dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang hari bekerja sahaja.

”Tarikh pendaftaran pelajar matrikulasi ialah pada 10 Mei ini.

”Surat tawaran dan maklumat lanjut tentang pendaftaran, yuran dan sebagainya akan dihantar oleh Kolej Matrikulasi/Kolej Mara berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Sumber: Utusan Malaysia

%d bloggers like this: