jump to navigation

Cisco Sedia Sumber Pembelajaran Kepada Politeknik Premier 16 March 2010

Posted by admin in Akademik.
Tags: , ,
trackback

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) — Tiga politeknik yang telah dinaik taraf kepada Politeknik Premier di negara ini akan disediakan dengan latihan dan sumber pembelajaran dari kurikulum Cisco Networking Academy, kata satu kenyataan Cisco hari Selasa.

Cisco kata kenyataan itu telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kementerian Pendidikan Tinggi berhubung perkara itu.

Politeknik tersebut adalah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Politeknik Ungku Omar dan Politeknik Johor Bahru.

“Mereka akan bekerjasama dengan kami untuk berkembang sebagai pusat penyelidikan teknologi dalam teknologi rangkaian komputer dan pusat latihan yang diberi kuasa bagi pensijilan Cisco,” kata kenyataan itu.

Cisco Networking Academy merupakan program pendidikan global yang mengajar penuntut cara untuk merekabentuk, membina, penyelesai masalah dan menjamin rangkaian komputer bagi peningkatan akses kepada kerjaya dan peluang ekonomi dalam komuniti di seluruh dunia.

Sumber:  BERNAMA

%d bloggers like this: