jump to navigation

Permohonan Kemasukan ke Universiti Teknologi Petronas 13 March 2010

Posted by admin in Akademik.
Tags: , , , , ,
trackback

PERMOHONAN SECARA ONLINE UNTUK PROGRAM PENDIDIKAN PETRONAS / KEMASUKAN KE UTP

Permohonan ini adalah terbuka kepada pelajar-pelajar lepasan SPM 2009. Untuk syarat-syarat kelayakan akademik, sila rujuk laman web Permohonan Dalam Talian Untuk Lepasan SPM 2009.

  1. Permohonan mulai dibuka pada 11 Mac 2010 (jam 9.00 pagi).
  2. Permohonan hanya boleh dibuat secara ONLINE dilaman web ini.
  3. Sila muat turun panduan memohon dan panduan mengisi borang sebelum memulakan proses mengisi borang permohonan.
    Pemohon adalah dinasihatkan supaya mencetak dan membaca segala maklumat atau arahan yang terdapat pada panduan-panduan tersebut bagi memudahkan proses mengisi borang.
  4. Bagi permohonan baru, sila ambil langkah-langkah berikut:
    1. Sila klik “Pendaftaran Permohonan Baru”.
    2. Sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan “No K.P.”
    3. Sila masukkan semula nombor kad pengenalan tanpa sempang pada ruangan “Kata Laluan” sebagai kata laluan sementara.
    4. Sila klik “login”
    5. Sila ikut arahan seterusnya dalam borang permohonan.
  5. Sebarang pembetulan atau kemaskini maklumat hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada hari permohonan ditutup. Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 19 Mac 2010 (Jam 5:00 petang).
%d bloggers like this: