jump to navigation

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Sesi 2012/ 2013 7 July 2011

Posted by admin in Akademik.
trackback

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Sesi 2012/ 2013 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2011 yang baru lalu. Para pelajar Tingkatan 5 tahun ini yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 bolehlah memohon untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM ini.

Jurusan/Aliran Program Matrikulasi

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :

  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

Jangka Masa Program

Program Matrikulasi KPM akan mengambil masa

  1. Dua semester bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)
  2. Empat semester bagi Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)

Pengambilan Pelajar

Pengambilan pelajar dibuat dua kali setahun,

  1. Pada bulan Mei bagi PST. Pengambilan ini membolehkan pelajar lulusan program ini memasuki IPTA pada semester pertama tahun berikutnya.
  2. Pada bulan Jun bagi PDT.

Kelayakan Memohon Program Matrikulasi

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon adalah pelajar bumiputera yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2012.
  3. Pelajar bukan bumiputera dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan juga boleh memohon.
  4. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2011.
    • Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
    • Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
    • Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

Kelayakan Minimum Akademik PST

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun ialah seperti berikut :

Jurusan Sains (M001)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • B dalam Matematik
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi

Jurusan Perakaunan (M003)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • E dalam Matematik Tambahan
  • C dalam dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

Aliran Teknikal (M007)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
  • B dalam Matematik
  • E dalam Kimia
  • C dalam satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan

Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan. Sila buat search “mata merit matrikulasi” dan baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasi untuk lebih memahaminya.

Mereka yang gagal mendapat tawaran mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun akan dipertimbangkan bagi mengikuti Program Matrikukasi Dua Tahun.

Kelayakan Minimum Akademik PDT

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Dua Tahun ialah seperti berikut :

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kimia
  • D dalam Matematik Tambahan
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

Cara Memohon Program Matrikulasi

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia hanya menyediakan satu cara permohonan sahaja mulai sesi 2011/2012 tahun lepas iaitu permohonan melalui internet (PMI).

Permohonan melalui internet boleh dibuat di portal berikut;

Pautan berikut juga membantu;

Semakan Permohonan Matrikulasi

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2012 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2012 untuk mengetahui status permohonan.

Surat Tawaran dan Pendaftaran Matrikulasi

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2012. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

Penempatan Kolej Matrikulasi

Penempatan pelajar ke Kolej Matrikulasi akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi  Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila rujuk senarai Kolej Matrikulasi dan pautan ke laman web mereka di Program Matrikulasi KPM

Rayuan Permohonan Matrikulasi

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2012 nanti. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Matrikulasi 2012 ialah pada 10 Oktober 2011.
  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

Pertanyaan

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi KPM atau Program Matrikulasi KPM atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4036/ 4040/ 4083 atau faks 03 8884 4028 / 03 8888 6864.
  • Anda boleh juga datang sendiri ke Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia di Aras 6 – 7, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Sumber: ePutra.com

About these ads
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: