jump to navigation

Akauntan Malaysia Dapat Permintaan Tinggi, Kata KPMG 28 January 2011

Posted by admin in kerjaya.
trackback

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) — Malaysia, yang kini mengalami kekurangan akauntan yang mahir dalam bidang kewangan dan perakaunan, memerlukan ramai lagi tenaga kerja dalam bidang itu, kata Rakan Kongsi Urusan KPMG Mohamed Raslan Abdul Rahman.

Katanya keadaan itu menjadi lebih rumit lagi apabila lebih ramai akauntan meninggalkan negara ini kerana bidang tenaga kerja itu mendapat permintaan yang tinggi di negara-negara lain.

“Para akauntan kita mendapat permintaan yang tinggi. Ini mencerminkan kualiti para pensyarah dan system pendidikan yang baik,” kata Mohamed Raslan pada majlis penyampian bantuan kepada lima orang pelajar di bawah Tabung Amanah Pendidikan KPMG Malaysia.

Mereka yang berminat dijangka mempunyai jaminan masa depan yang cerah kerana permintaan mendapatkan akauntan di dalam negara dan di luar negara asemakin meningkat di kalangan syarikat perakaunan serta dalam perkhidmatan awam, katanya.

KPMG Malaysia sehingga ini telah mengagihkan RM500,000 di bawah Tabung Amanah Pendidikan syarikat itu kepada para 20 pelajar cemerlang dan yang memerlukan bantuan.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Nasihat Kewangan KPMG Corporat Services Sdn Bhd Siew Chin Kiang berkata pihaknya berharap tabung itu dapat membantu negara ini mengukuhkan lagi profesyen perakaunan.

Katanya tabung itu dapat membantu para pelajar cemerlang berkenaan di segi kewangan dalam usaha mengejar kecemerlangan pendidikan tinggi masing-masing.

Tabung itu dilancarkan pada 2003 melalui sokongan sumbangan dari rakan dan bekas rakan KPMG dan bertujuan mempromosikan pendidikan tinggi di dalam bidang perakaunan dan kewangan.

Sumber:  BERNAMA

About these ads
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: