jump to navigation

Permohonan Kemasukan ke Politeknik KPT Sesi Pengambilan Disember 2010 4 August 2010

Posted by admin in Akademik.
trackback

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti program di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).

Politeknik KPT ditubuhkan bagi melahirkan lulusan separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan, hospitaliti dan ICT di pelbagai peringkat bagi membantu memenuhi keperluan sumber manusia di sektor awam dan swasta.

Ketika ini terdapat 27 buah Politeknik KPT yang sedang beroperasi di seluruh negara dengan 86,000 pelajar yang mengikuti pelbagai pengajian peringkat diploma lanjutan, diploma dan sijil dalam pelbagai bidang.

Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan dua kali setahun. Pengambilan pertama di bulan Jun/Julai manakala pengambilan kedua di bulan November/Disember.

Permohonan ke Politeknik KPT adalah dibuka untuk lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik KPT, lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT dan pelajar berkepeluan khas (masalah pendengaran) lulusan Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kini lulusan Diploma dan Matrikulasi Jurusan Sains juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian di beberapa Politeknik Premier.

Seiring dengan transformasi Politeknik KPT, mulai sesi pengambilan Jun 2010 program pengajian diperingkat sijil hanya ditawarkan di Politeknik Sabah dan Sarawak sahaja.

Permohonan Kemasukan Politeknik

Iklan Tawaran Permohonan

Tawaran permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT sesi Disember 2010 akan diiklan dalam akhbar seperti berikut;

Tarikh Akhbar
15 Ogos 2010 Mingguan Malaysia
22 Ogos 2010 Sin Chew Jit Poh
Tamil Nesan
29 Ogos 2010 Borneo Post Sabah
5 September 2010 Metro Ahad
The Star

Syarat Am

  • Warganegara Malaysia
  • Mesti lulus Bahasa Melayu peringkat SPM sebelum atau semasa pengajian di Politeknik untuk layak dianugerahkan diploma.

Syarat Khas

  • Syarat akademik untuk memohon politeknik adalah berbeza mengikut lulusan pemohon dan program pengajian yang dipohon.
  • Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT adalah dibuka untuk;
    • Lulusan SPM dan setaraf
    • Lulusan Sijil Politeknik KPT
    • Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
    • Lulusan Diploma Politeknik KPT
    • Lulusan Pendidikan Khas KPM
    • Lulusan Kolej Matrikulasi KPM Jurusan Sains
  • Sila rujuk di Maklumat Permohonan di laman web Politeknik untuk mengetahui syarat akademik yang ditetapkan.

Permohonan

  • Permohonan kemasukan pelajar ke Politeknik KPT hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (online) melalui laman web Politeknik KPT kecuali bagi lulusan Pendidikan Khas KPM.
  • Mereka yang ada membuat permohonan pengambilan sesi Jun 2010 yang lalu serta memenuhi syarat dan masih belum mendapat sebarang tawaran boleh membuat permohonan baru dengan menggunakan nombor pin yang sama.
  • Pemohon baru dan pemohon Sesi Jun 2010 boleh membuat kemaskini maklumat permohonan mereka sebelum tarikh tutup.
  • Pemohon baru perlu membeli nombor PIN di Bank Simpanan Nasional sebelum membuat permohonan.
  • Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya hilang atau terlupa.
  • Pemohon patut mencetak permohonan sebagai dokumen pengesahan penghantaran dan disimpai sebagai rujukan.

Pengajian Secara Sambilan

Mereka yang berminat untuk mengikuti pengajian secara sambilan perlu membuat permohonan Kursus Secara Sambilan (KSS) secara terus daripada Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan politeknik yang berikut;

  • Politeknik Ungku Omar
  • Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
  • Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
  • Politeknik Kota Bharu
  • Politeknik Kuching Sarawak
  • Politeknik Port Dickson
  • Politeknik Kota Kinabalu
  • Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
  • Politeknik Johor Bahru
  • Politeknik Seberang Perai
  • Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
  • Politeknik Merlimau Melaka
  • Politeknik Sultan Azlan Shah
  • Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan Politeknik pengambilan sesi Disember 2010 ini akan ditutup pada 17 September 2010.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan ke program pengajian Politeknik KPT Sesi Disember boleh disemak di laman web Politeknik pada tarikh-tarikh seperti berikut:

Tarikh
11 Oktober 2010 Keputusan Panggilan Temuduga (DKP, AEU dan AAD)
25 – 29 Oktober 2010 Sesi Temuduga
11 Oktober 2010 Keputusan Permohonan – tanpa temuduga
11 November 2010 Keputusan Permohonan – bertemuduga (DKP)
2 Disember 2010 Keputusan Permohonan – bertemuduga (AEU dan AAD)

Program pengajian bertemuduga adalah Diploma Kejuruteraan Perkapalan (DKP), Diploma Lanjutan Kejuruteraan Elektronik (Perubatan)(AEU) dan Diploma Lanjutan Rekabentuk dan Pembuatan Automotif (AAD).

Maklumat

  • Sila rujuk laman web Politeknik KPT untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Sila hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar, Sektor Pengurusan Politeknik, Jabatan Pengajian Politeknik, Dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, Tingkat 9 Heritage Office Tower, Jalan SB Dagang, 43300 Seri Kembangan, Selangor atau telefon 03 8939 4058 / 4103 / 4104 / 4105 / 4106 / 4107 / 4108/ 4109 atau emel: pengambilan@politeknik.edu.my

Sumber: ePutra.com

About these ads
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: